Laman utamaSoalan lazim
Soalan lazim
Soalan lazim
Sebelum anda tempah
Bila tarikh akhir tempahan untuk sampai sebelum raya?
1 Mac 2027 untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tempahan selepas itu masih dibakar, tetapi mungkin sampai pada minggu pertama Syawal.
Berapa lama kuih tahan?
Kebanyakan kuih tahan 4 hingga 6 minggu dalam balang tertutup pada suhu bilik. Kek lapis tahan 2 minggu, atau 2 bulan dalam peti sejuk. Tempoh tepat tertera di setiap halaman kuih.
Ada sijil halal?
Dapur kami diperiksa dan semua bahan dibeli daripada pembekal berstatus halal. Nombor sijil dicetak di label setiap balang.
Balang sampai pecah, macam mana?
Ambil gambar dalam masa 48 jam selepas terima dan hantar kepada kami. Kami hantar balang ganti tanpa caj, tak perlu pulangkan yang pecah.
Boleh tempah untuk dihantar terus ke rumah mak?
Boleh. Masukkan alamat penerima semasa checkout dan tulis ucapan untuk kad tulisan tangan. Harga tidak dicetak di dalam kotak.
Ada harga borong atau korporat?
Tempahan 20 balang atau hamper ke atas mendapat harga khas dan logo syarikat pada kad ucapan. Hubungi kami sebelum 15 Februari.
Boleh ambil sendiri?
Boleh, di dapur kami di Batu Pahat atau dua titik ambil di Shah Alam dan Johor Bahru. Pilih Ambil sendiri semasa checkout, tiada caj penghantaran.
Kuih mana yang bebas gluten?
Kuih bangkit dan kuih rose loyang dibuat tanpa tepung gandum. Dapur yang sama memproses gandum, jadi tidak sesuai untuk penghidap seliak yang teruk.